Monday, 26 September 2011

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti

     ## Bahan * ##
  • 4 sudu besar Gula halus
  • 4 sudu besar Butter
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu tea Esen vanilla
  • 1 sudu besar Tepung Jagung 

Cara-cara

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit (sehingga roti lembut).
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  3. Kukus selama 45 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Boleh cuba hidangkan bersama ice-cream vanilla.

Ikan Masam Manis

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 1 ekor ikan saiz sederhana/besar 
  • 1/2 biji timun (dibuang biji)
  • 4 keping nenas dipotong panjang
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 4 sudu makan cili kering / cili boh
  • 6 sudu makan sos tomato
  • 1/2 biji lobak merah
  • 1 bji bawang besar

Cara-cara

  1. Goreng ikan hingga garing, Kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan pula cili, sos tomato, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula, dan garam secukupnya
  3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
  4. Biar sehingga masak, padam api dapur
  5. Tuangkan kuah di atas ikan dan hidangkan .

Ikan Kukus

Bahan-bahan ( 2-4 org makan )

  • 1 ekor ikan saiz sederhana / besar.
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung

       ## Bahan sos ##
  • 3 camca besar jus limau kasturi
  • 1 1/2 camca besar minyak masak
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi

       ## Bahan hiris ##
  • 5 - 10 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 1 helai daun limau purut
  • 1/2 inci halia muda
  • 2 ulas bawang putih 

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam dan tepung jagung. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos hingga sebati. Ketepikan.
  3. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.
  4. Selok-eloknya dimakan dengan nasi panas segera selepas siap dikukus.

Sunday, 25 September 2011

Mihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan ( 7 org makan )

  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan (cadangan cap Harmoni)
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong panjang (halus)
  • carrot - dipotong panjang (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mihun basah lebihkan sukatan air
  • 1 mangkuk stok udang (air rebusan kepala dan kulit udang yang telah dibersihkan) - boleh dilebihkan seperti air
  • daun saderi dihiris halus

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  2. Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  4. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur-sayuran (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong). Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik-carikkan
  5. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  6. Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi.

Ayam Paprik Kelantan Style

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 1/2 ekor ayam

       ## Bahan kisar ##
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 6-10 biji cili padi (ikut rasa pedas yg dikehendaki) 
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan

      ## Bahan hias ##
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam dan gula
  • 1 keping asam keping

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecil. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula serta sedikit air (lebihkan jika hendak berkuah.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

Puding Jagung

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (kalau darurat boleh guna 1/2 tin jagung krim dalam tin)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
    
      ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

       ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Potong sederhana besar dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Nasi tomato

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 3 cawan beras (dibersih dan ditoskan)
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar tomato puree 
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
     
      ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
    
       ## Hiasan ##
  • Bawang goreng
  • Daun saderi (dihiris halus)

Cara-cara

  1. Panaskan mentega/ minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit.
  3. Kemudian alihkan beras ke dalam periuk nasi elektrik; masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng dan daun saderi.