Bahan-bahan ( 2-4 org makan )
- 1 ekor ikan saiz sederhana / besar.
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
## Bahan sos ##
- 3 camca besar jus limau kasturi
- 1 1/2 camca besar minyak masak
- 1/2 camca teh gula
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi
## Bahan hiris ##
- 5 - 10 biji cili padi
- 2 batang serai
- 1/2 kuntum bunga kantan
- 1 helai daun limau purut
- 1/2 inci halia muda
- 2 ulas bawang putih
Cara-cara
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam dan tepung jagung. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos hingga sebati. Ketepikan.
- Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.
- Selok-eloknya dimakan dengan nasi panas segera selepas siap dikukus.

No comments:
Post a Comment